Insiden Ini Membuktikan Kekuatan Pengaruh Indonesia Di Peringkat Antarabangsa!
SYDNEY: Pesawat yang dinaiki Perdana Menteri
Israel untuk ke Australia daripada Singapura terpaksa menempuh perjalanan jauh
selepas dilarang memasuki ruang udara wilayah Indonesia, lapor BBC Indonesia.
Perkara ini telah didedahkan oleh portal
penjejakan penerbangan terkenal FlightAware, yang menunjukkan pesawat rasmi El
Al, syarikat udara milik kerajaan Israel terlewat daripada jadual normal.
Kerana lencongan ini, penerbangan yang membawa
Benjamin Netanyahu itu sepatutnya mengambil masa hanya lapan jam 30 minit itu
telah bertukar menjadi lebih 11 jam.
Pemimpin rejim Zionis itu akhirnya selamat tiba
di Lapangan Terbang Antarabangsa Kingsford Smith Sydney pada Rabu, sekitar
pukul 6.30 pagi waktu tempatan, untuk melakukan program kunjungan rasmi selama
empat hari.
Sementara itu, memetik laporan akhbar The Guardian, seorang anggota delegasi Netanyahu mengesahkan laluan perjalanan mereka, terlambat kerana menghindari ruang udara Indonesia malah terpaksa melalui jarak jauh merentasi negara lain.
Indonesia yang merupakan sebuah negara ramai
umat Islam di dunia sebelum ini telah menyatakan sokongan penuh kepada
perjuangan rakyat Palestin untuk mendapat kemerdekaan dan hak kedaulatan
daripada pendudukan haram rejim Israel sejak 1948.
Republik terbesar di rantau Asia tenggara itu
juga tidak menjalin hubungan diplomatik dengan Israel bersama-sama jirannya,
Malaysia dan Brunei selain 20 buah negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam
(OIC) yang lain.
Pada Mac tahun lalu, Netanyahu telah menyeru
agar Jakarta mewujudkan jalinan diplomatik dengan Tel Aviv kerana dengan
kerjasama itu mereka dapat mewujudkan banyak peluang untuk kerjasama dua hala,
terutama dalam bidang teknologi dapat diteroka oleh kedua-dua negara itu namun
ditolak.
Sumber: Siakapkeli.my
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila
nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita
terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments