Black Ivory Cofee: Kopi Eksotik Hasil Tinja Gajah, Kini Termahal Di Dunia!
Kalau anda rasa kopi luwak sudah
mahal, tunggu untuk cuba kopi terbaru yang kini jadi kegilaan penggemar kopi di
Thailand. Kalau kopi luwak diambil dari sisa tinja musang, kopi hasil idea Blake Dinkin ini pula dihasilkan dari sisa tinja gajah.
Black Ivory Coffee ciptaan Blake ini sudah beroperasi sejak
tahun 2012 dan sebelum ini, Blake sudah mahir dengan kopi luwak yang diusahakan
oleh beliau di Ethiopia pada tahun 2002 tetapi beliau lebih tertarik untuk
menggunakan gajah selepas eksperimen beliau memberi makan kopi kepada gajah
berjaya di sebuah zoo di Canada.
Penggembala gajah di Ban Ta Klang Elephant Village, Thailand
merupakan penggembala gajah professional kerana komuniti di kampung ini sudah
beratus tahun hidup bersama gajah. Gajah-gajah ini digunakan untuk membawa
pelancong berjalan di kampung itu dan kini menjadikan pula sisa tinja gajah
sebagai pendapatan yang baharu.
Biji kopi bukanlah makanan ruji gajah. Blake membuat satu air
minuman khas hasil campuran buah-buahan yang akan diminum oleh gajah melalui
belalainya. Enzim di dalam perut gajah membantu untuk hilangkan rasa pahit kopi
dan kopi berkenaan akan mempunyai rasa yang tersendiri apabila ianya diproses
untuk diminum kelak. Ianya selamat untuk diminum kerana pekerja akan
membersihkan setiap biji kopi dengan teliti.
Biji kopi diasingkan dari tinja gajah (foto: Taylor
Weidman/Bloomberg)
Proses pembersihan biji kopi (foto: Taylor Weidman/Bloomberg)
Biji kopi kemudiannya akan
diasingkan dari tinja gajah dan dibasuh sehingga bersih sebelum ianya dijemur
dan dibiarkan kering. Blake berkata caffeine di dalam kopi tidak akan
membahayakan gajah kerana cengkerang biji kopi akan melindungi caffeine
daripada keluar dan caffeine cuma akan keluar apabila ianya dipanaskan.
Walaupun gajah-gajah ini dirantai oleh penggembala mereka, Blake
memberi jaminan setiap gajah di perkampungan ini dijaga dengan rapi oleh tuan
mereka. Gajah-gajah ini juga mendapat perlindungan dari Golden Triangle Asian
Elephant Foundation supaya penggembala menjaga mereka dengan baik dan tidak
memberi tekanan kepada gajah-gajah yang terlibat dengan bisnes kopi ini.
Berapakah harga kopi Black Ivory ini? Harganya memang sangat
mahal. Ianya dijual pada harga USD198
(lebih kurang RM877) untuk
sepaket kopi seberat 35gram! Rasanya untuk secawan kopi anda perlu bayar lebih
kurang RM150 bergantung kepada berapa paket kopi yang anda mahu. Kalau untuk
sekilo? Anda perlu membayar USD1,886
(lebih kurang RM8,340).
Blake Dinkin sedang menyediakan kopi Premium
Black Ivory kepada pelanggannya
(foto: Taylor Weidman/Bloomberg)
(foto: Taylor Weidman/Bloomberg)
Blake merancang untuk menghasilkan
sehingga 150kg kopi ini sepanjang tahun 2017. Beliau mendedahkan ada mendapat jemputan untuk
mengembangkan bisnes kopinya ini di Afrika dan negara Asean yang lain, tetapi mahu menumpukan perhatiannya di Thailand dahulu dan mengembangkan bisnesnya secara
perlahan-lahan.
Blake kini sedang cuba untuk membawa kopi ini ke pasaran Eropah
dan restoran dengan pengiktirafan Michelin. Dengan pasaran kopi premium yang
semakin mengembang di Eropah, Black Ivory Coffee ini tidak akan mempunyai
masalah untuk menembusi pasaran di sana. Anda penggemar kopi di luar sana?
Sanggup anda belanjakan ratusan ringgit untuk mencuba secawan kopi Black Ivory
ini?
Sumber: Bloomberg, Thevocket
No comments