Kes Rasuah Sabah: 30 Anggota, 15 Jam Kira Wang RM52 Juta
SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memaklumkan RM52 juta wang tunai dirampas susulan penahanan dua pegawai kanan agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah.
Suspek dicekup kerana disyaki menyalahgunakan kuasa dalam pemberian
projek jabatan awam dan gambar jutaan wang tunai yang disembunyikan mereka
menjadi viral menerusi media sosial tempatan.
Wang berkenaan berjaya ditemui di dalam sebuah rumah dan kenderaan milik
salah seorang pegawai kanan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Sabah ketika satu
operasi serbuan SPRM semalam.
Seramai 30 anggota SPRM dikerah untuk mengira keseluruhan jumlah wang
tunai berkenaan yang mengambil masa selama 15 jam, sekali gus rampasan yang
terbesar dalam sejarah penubuhan SPRM.
“Siasatan awal mendapati salah seorang suspek yang merupakan ketua
kepada suspek kedua ini mempunyai bilik khas untuk menyimpan wang berkenaan.
“Dia tidak menyimpan dalam bank, sebaliknya menyimpan wang tunai di
rumah. Terdapat juga sejumlah besar barang kemas dan jam tangan pelbagai jenama,”
katanya yang dipetik Sinar Online.
Timbalan
Ketua Pesuruhajaya (Operasi) SPRM, Datuk Azam Baki berkata, wang tunai
berjumlah RM3 juta yang dirampas sebelum ini hanya sebahagian daripada
keseluruhan rampasan.
“RM3 juta sebahagian daripadanya. Sebenarnya ia
lebih daripada itu. Saya fikir lebih RM20 juta,” katanya yang
dipetik portal mStar Online.
Wang
tunai mencecah RM10 juta ditemui di kediaman pegawai kanan yang ditahan SPRM di
Sabah semalam.
Mengulas
lanjut, Azam berkata, rampasan wang tunai jutaan ringgit itu melibatkan
beberapa lokasi seperti di rumah, bank dan pejabat suspek.
“Setiap daripada sasaran yang kita tahan itu,
setidak-tidaknya tiga lokasi. Termasuk peti besi, rumah, pejabat dan ada juga
melibatkan peti besi di bank,” katanya.
Semalam Bernama melaporkan SPRM menahan dua pegawai kanan
sebuah agensi kerajaan di Kota Kinabalu, Sabah kerana disyaki menyalahgunakan
kuasa dalam pemberian projek jabatan.
Kedua-dua
pegawai kanan berjawatan Pengarah dan Timbalan Pengarah di jabatan kerajaan
itu mengendalikan projek-projek pembinaan infrastruktur asas bernilai
lebih RM3.3 bilion sejak 2010.
Memetik
sumber, mereka didakwa memonopoli semua projek untuk diserahkan kepada
adik-beradik sendiri.
Hasil
penyalahgunaan kuasa ini yang dipercayai bermula sejak tahun 2010 hingga kini,
siasatan awal mempercayai mereka telah mengumpul harta kekayaan melebihi RM50
juta.
Dalam
pada itu, SPRM akan mendapatkan perintahan tahanan reman terhadap keempat-empat
individu terlibat di Mahkamah Sesyen Kota Kinabalu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Apa yang pasti sudah tentu ramai akan mempersoalkan bagaimana individu-individu tersebut selama ini boleh terlepas daripada pemeriksaan audit dalaman, mahupun di peringkat pusat.
Anda mempunyai pendapat yang ingin
dikongsikan? Lontarkannya di bahagian Komentar di bawah.
No comments