Header Ads

Semakan Rekod Senarai Nama CTOS Dan CCRIS Secara Online



CTOS & CCRIS
CTOS merupakan sumber rujukan laporan kredit untuk institusi kewangan setiap kali menerima permohonan bantuan kewangan daripada individu ataupun syarikat. 

CTOS kebiasaanya dikaitkan dengan Blacklisting tetapi sebenarnya CTOS merupakan lead information system yang berfungsi untuk memberi maklumat kepada bank dan institusi kewangan untuk menilai risiko pemohon pinjaman. 

Laporan CTOS memperincikan pengesahan identiti, penglibatan perniagaan, jawatan pengarah dan pemilikan perniagaan. Ia juga mengandungi butir-butir tindakan undang-undang, status kes serta maklumat kebankrapan. 

Apa Itu Laporan Kredit?
Apabila anda memohon kemudahan kredit, bank-bank dan institusi kewangan akan merujuk kepada agensi pelaporan kredit seperti CTOS untuk mengesahkan status pemohon berkaitan dengan sejarah kredit anda. Laporan yang disediakan ini dapat membantu pihak bank dalam menilai permohonan anda. 

Individu dan perniagaan boleh juga secara terus mendapatkan Laporan Kredit mereka daripada CTOS untuk menyemak dan memantau profil kredit mereka sendiri sebelum membuat permohonan terus ke bank dan sebagainya. 

Semak Rekod CTOS Dan CCRIS Online
CTOS tidak membuat penilaian atau memberi pendapat tentang mana-mana peminjam. Ianya hanya menyimpan rekod tentang pinjaman sedia ada dan pinjaman lama yang dibuat peminjam. Maklumat ini amat berguna kepada pemberi kredit seperti institusi kewangan dalam proses penilaian pemohon pinjaman. 

Oleh itu, besar kemungkinan apabila anda memohon pinjaman baru, institusi kewangan akan merujuk kepada sistem CTOS untuk maklumat tentang anda dan pinjaman lama anda.



Cara Mendapatkan Laporan CTOS

Sekiranya anda ingin tahu samada nama anda tersenarai dalam CTOS, anda boleh melayari laman web CTOS Sdn Bhd dan mendaftar sebagai pengguna.:- 

Cara pertama adalah dengan mendaftar melalui sistem dalam talian CTOS bagi mendapatkan ID Pengguna.

Setelah akaun anda diaktifkan, anda boleh mengakses laporan anda pada bila-bila masa melalui Internet atau melalui aplikasi telefon pintar CTOS.

1.             Aplikasi Smartphone iOS di Apple Store
2.             Aplikasi Smartphone Android di Google Play

Proses Pendaftaran dan penjanaan Laporan CTOS anda adalah PERCUMA. Laporan yang dikeluarkan ini akan mengandungi perkara-perkara seperti berikut: :-

1.             Butir-butir peribadi anda termasuk Nama, Alamat dan sebagainya
2.             Maklumat SSM mengenai Pendaftaran syarikat, directorship dan sebagainya
3.             Butiran sejarah Litigasi - rekod tindakan undang-undang semada sebagai defendan atau plaintif
4.      Rujukan Perdagangan (Trade Referees)

Dengan mendaftar, anda boleh mendapatkan laporan-laporan berikut:

1.             Laporan MyCTOS (kali Pertama adalah PERCUMA)
2.             Dua (2) laporan MyCTOS PERCUMA yang dikemaskini setiap tahun iaitu pada bulan Januari dan Julai 
3.             Pemberitahuan PERCUMA untuk rekod tindakan undang-undang baru 

Selain itu, anda juga boleh memperoleh Laporan CTOS dengan mengisi borang di Laman Web CTOS atau datang ke CTOS service centre di:

CTOS Sdn. Bhd
Unit 01-12, Level 9
Tower A, Vertical Business Suite
Avenue 3, Bangsar South
No. 8, Jalan Kerinchi
59200 Kuala Lumpur

Pertanyaan:
-            Peribadi: 03-2722 8833
-            Perniagaan: 03-2722 8882
(Isnin - Jumaat 8:00pg - 7:00ptg)

Helpline Pelanggan: 03-27228800 
(Isnin - Jumaat 8:00pg - 7:00ptg) 


Laman web CTOS : Klik sini 
Soalan Lazim (FAQ) CTOS:  Klik sini    


Cara Semak CCRIS Online
CCRIS ialah singkatan bagi Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat. CCRIS ialah sistem yang mengumpul maklumat mengenai individu-individu yang mengambil pinjaman daripada bank-bank dan institusi-institusi kewangan dan; membekalkannya kembali kepada bank-bank dan institusi-institusi kewangan sebagai sumber rujukan bagi membentuk dan mendapatkan pandangan mengenai sejarah kredit peminjam sedia ada atau bakal peminjam mereka.

CCRIS BUKANLAH sistem yang menyenarai hitam peminjam seperti tanggapan sesetengah pihak

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Soalan Lazim (FAQ) CCRIS di sini


Cara Mohon Semakan Data CCRIS
Anda boleh memohon semakan data melalui  Sistem CCRIS.



2 comments:

  1. TAWARAN PERKHIDMATAN PINJAMAN, MOHON SEKARANG DAN DAPATKAN KELULUSAN TANPA STRESS ATAU BERTANGGUH.




    Hello, Adakah anda memerlukan pinjaman daripada Syarikat yang paling dipercayai dan boleh dipercayai
    di dunia? jika ya, hubungi kami sekarang kerana kami menawarkan pinjaman kepada semua
    kategori pencari sama ada syarikat atau untuk kegunaan kakitangan.Kami menawarkan
    pinjaman pada kadar faedah 2%, Hubungi kami melalui Whatsapp +918794792073
    mghfbibdgf@gmail.com

    BORANG PERMOHONAN PENCARI PINJAMAN
    *******************************
    1) Nama Penuh:
    2) Jantina:
    3) Amaun Pinjaman Diperlukan:
    4) Tempoh Pinjaman:
    5) Negara:
    6) Alamat Rumah:
    7) Nombor Mudah Alih:
    8) Nombor Faks:
    9) Pekerjaan:
    10) Pendapatan Bulanan:
    11) Tarikh Gaji:
    12) Tujuan pinjaman:
    13) Di manakah anda mendapat iklan pinjaman kami:
    mghfbibdgf@gmail.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.