Taiping Bakal Perkenalkan Perkhidmatan Bas Elektrik Pertama Negara Mulai Oktober Ini
Majlis
Perbandaran Taiping (MPT) bakal menjadi pihak berkuasa tempatan pertama di
negara ini menggunakan bas elektrik yang dijangka beroperasi mulai Oktober ini.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa
Industri, Pelaburan dan Pembangunan Koridor negeri Datuk Mohamad Zahir Abdul
Khalid, sebuah bas elektrik yang bernilai RM1.8 juta sumbangan Kerajaan Jepun
itu akan beroperasi di sekitar bandar Taiping ke kawasan laluan Jejak Warisan
di sini sejauh 11.5 kilometer, laporan Bernama.
Katanya lagi, bas tersebut
menggunakan teknologi hijau mesra alam sekitar itu boleh memuatkan 60 orang
penumpang.
“Bas berkenaan akan menjadi ikon dalam usaha menarik kemasukan pelancong ke bandar ini. Kadar tambang bas tersebut akan ditentukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Darat Malaysia (SPAD) nanti,” katanya dalam sidang media selepas majlis Penyerahan Perjanjian Persefahaman bas berkenaan antara MPT, Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun (JICA), Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) dan PUES Corporation Japan baru-baru ini.
Tambah
Mohamad Zahir, dua buah stesen iaitu di Zoo Taiping & Night Safari dan MPT
akan menjadi stesen pengecas elektrik bas berkenaan.
Sumber: Bernama
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk
dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
No comments