Risiko & Bahaya Troli Beli Belah Kepada Anak Anda Yang Anda Mungkin Tidak Sedari!
Sudah menjadi kebiasaan, suasana di
pasaraya kita sering melihat ibu bapa dengan bersahaja meletakkan anak kecil
mereka di atas troli seolah olah ‘menungganginya’ ketika membeli belah. Namun
tahukah anda bahawa perbuatan tersebut sememangnya satu kesilapan yang boleh mengundang
padah.
Hasil kajian yang dijalankan Universiti Arizona, US berhubung tahap kebersihan troli-troli beli belah di beberapa negeri mendapati daripada 85 sampel troli yang dinilai, 72 peratus daripadanya dikesan sarat dengan koloni kuman dan bakteria. Analisa lanjut daripada 36 troli tersebut secara rawak mendapati sekurang-kurangnya 50% daripadanya mengesan kehadiran bakteria Escherichia coli (E. coli), salmonella dan beberapa lagi jenis bakteria yang dikenalpasti ternyata memudaratkan.
Berikut adalah kejadian sebenar yang dikongsikan untuk memberi pemahaman
kepada anda berkaitan isu tersebut.
Kes Sebenar
AUSTRALIA - Seorang ibu pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia 10 bulan, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa anaknya itu. 24 jam selepas pulang dari pasar raya berkenaan, anaknya, Logan, demam panas dengan suhu 103° dan dikejarkan ke hospital, lapor Shareably.
AUSTRALIA - Seorang ibu pergi membeli barang keperluan di sebuah pasar raya bersama dengan bayinya berusia 10 bulan, tanpa mengesyaki sesuatu yang buruk bakal menimpa anaknya itu. 24 jam selepas pulang dari pasar raya berkenaan, anaknya, Logan, demam panas dengan suhu 103° dan dikejarkan ke hospital, lapor Shareably.
Mangsa terpaksa menahan derita beberapa penyakit
yang menyerangnya termasuk meningitis.
Selepas melakukan siasatan, doktor mengesyaki mangsa mendapat jangkitan
bakteria itu dari troli pasar raya.
Berikutan kejadian itu, ibu mangsa, Vivienne
Wardrop, menasihati orang ramai agar sentiasa membersihkan bahagian tempat
duduk kanak-kanak pada troli pasar raya sebelum meletakkan si kecil dalam
troli.
Menurut Vivienne, 24 jam selepas pulang dari pasar
raya, anaknya mula muntah. Lebih teruk lagi, si kecil itu juga demam panas yang
teruk dan mengalami cirit birit.
"Dia cirit merata-rata. Bila saya cuba beri
dia minum susu, dia muntahkan semua," katanya.
Berikutan keadaan Logan yang agak teruk itu,
Vivienne segera membawa anaknya ke hospital. Setibanya di sana, doktor
mengesahkan anaknya dijangkiti virus, namun tidak merbahaya dan disuruh pulang.
Namun pada keesokkan harinya, mangsa tidak menunjukkan
sebarang tanda akan sembuh malah turut mengalami dehidrasi.
Enggan mengambil sebarang risiko, Vivienne sekali
lagi membawa anaknya ke hospital. Logan dimasukkan ke wad dan diletakkan di bawah
pemantauan pihak hospital selama 10 hari (8 hari dalam ICU).
Dalam tempoh itu juga, doktor mendapati mangsa
dijangkiti adenovirus, rotavirus, salmonella dan meningitis. Mangsa yang
berusia 10 bulan itu terpaksa berdepan dengan kesemua penyakit itu dalam usia
yang sangat muda.
Menurut Pusat Kawalan Penyakit, bayi sangat mudah
dijangkiti meningitis. Dan sebagai langkah berjaga-jaga, ibu bapa perlulah
mengetahui simptom penyakit tersebut, di antaranya:
- Demam,
pening kepala dan leher kaku;
- Ruam, kurang
selera makan dan kurang aktif
Selepas insiden yang menimpa anaknya, Vivienne
merasa dirinya perlu memberi peringatan kepada ibu bapa yang lain mengenai hal
tersebut. Apabila menggunakan troli pasar raya, pastikan tempat duduk
kanak-kanak dalam troli dan sekitar kawasan yang mampu disentuh oleh anak perlu
dibersihkan terlebih dahulu menggunakan tisu antibakteria sebelum menempatkan
anak dalam troli. Atau jika larat, dukung saja anak-anak anda.
Alternatif lain, letakkan alas kain di tempat duduk
tersebut.
Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu.
Menurut Vivienna, dia langsung tidak menyangka kejadian seperti itu boleh berlaku. Kini anaknya dalam tempoh pemulihan yang mungkin akan mengambil masa dalam dua minggu.
Pengajaran & Peringatan Kepada Ibu Bapa
Kes tersebut ternyata membuktikan salah satu sebabnya mengapa amalan meletakkan anak-anak kecil di atas troli membeli belah AMAT tidak digalakkan. Anda juga tentu pernah terlihat ‘sticker’ yang ditampal pada pemegang troli sepeti berikut:
Kes tersebut ternyata membuktikan salah satu sebabnya mengapa amalan meletakkan anak-anak kecil di atas troli membeli belah AMAT tidak digalakkan. Anda juga tentu pernah terlihat ‘sticker’ yang ditampal pada pemegang troli sepeti berikut:
“Troli untuk barangan sahaja”
Semoga perkongsian ini mampu memberikan
manfaat kepada anda.
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments