WALKCAR: 'Kereta' Anda Yang Muat Di Dalam Beg Anda
TOKYO: COCOA MOTORS, Inc. (R) mengumumkan pada 13 Oktober bahawa WALKCAR (R),
kereta terkecil di dunia, boleh diperolehi untuk pratempahan di Stor Dalam
Talian Cocoa Motors (http://www.cocoamotors.com) dari Jumaat, 21 Oktober, pada
pukul 1 tengah hari waktu tempatan di Jepun.
WALKCAR adalah sebuah kereta bersaiz komputer riba berukuran 13 inci
yang beratnya hanya 2.8 kg, yang dibina dengan mempunyai badan yang diperbuat
daripada karbon. Ia boleh mencapai kelajuan 16km sejam.
Satu caj akan memberikan anda satu jam masa penggunaan. Tidak ada
stereng atau peranti kawalan jauh, tetapi dengan hanya mengalihkan berat badan
anda pada badan rata WALKCAR, anda boleh pergi ke mana-mana arah. Apabila anda
mahu menghentikannya, anda hanya perlu melangkah keluar. Ia boleh didapati pada
harga AS$1,280 dan akan memulakan penghantaran dari September 2017.
Pencipta dan Ketua Pegawai Eksekutif COCOA MOTORS Kuniaki Sato,
menghasilkan idea untuk "Kereta dalam beg anda" apabila beliau
berpindah ke Tokyo untuk melanjutkan pengajian di universiti.
Beliau memerhatikan bagaimana orang ramai bergerak di bandar raya dengan
menggunakan pengangkutan awam dan berjalan kaki berbanding dengan bagaimana
beliau memandu keretanya untuk ke mana-mana semasa berada di kampung
halamannya.
Beliau mahukan satu bentuk pengangkutan yang membolehkan beliau untuk bergerak ke semua tempat yang anda boleh pergi dengan berjalan kaki, sementara berupaya bergerak untuk jarak yang lebih jauh tanpa mengalami keletihan kerana berjalan kaki.
Dengan penuh inspirasi, beliau dengan segera mula untuk mereka bentuk
perisian dari peringkat awal dan hari ini, hasil daripada keghairahan dan
kreativiti beliau itu kini boleh dinikmati oleh semua orang.
Sato percaya bahawa kebijaksanaan Jepun ini boleh mengubah dunia -- kini
tidak ada keperluan untuk mencari tempat letak kereta; anda sekarang boleh
membawa kereta anda di dalam beg anda.
WALKCAR boleh diperolehi untuk pratempahan dan permohonan pembelian di
seluruh dunia. Ia akan memulakan penghantaran dari September 2017 ke 13 buah
negara di seluruh Asia Pasifik, Amerika Utara dan Eropah, dengan ketersediaan
berkembang untuk memasukkan lebih banyak negara, atas permintaan, pada masa
terdekat.
Sumber: Astro Awani
Anda mempunyai sebarang info tambahan
untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk
mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments