‘Boo!!’ - Kejutan Buat Pemandu Yang Gunakan Lampu Tinggi
Beijing - Pemandu kereta di China menggunakan
cara kreatif iaitu dengan menampal stiker hantu reflektif pada cermin belakang
kenderaan mereka untuk menakut-nakutkan pemandu lain yang menggunakan lampu
tinggi ketika memandu.
Namun, pemandu yang menggunakan 'teknik mengejutkan' itu boleh dikenakan hukuman kerana boleh menyebabkan bahaya di jalan raya, kata agensi berita Xinhua.
Namun, pemandu yang menggunakan 'teknik mengejutkan' itu boleh dikenakan hukuman kerana boleh menyebabkan bahaya di jalan raya, kata agensi berita Xinhua.
Polis trafik di Jinan, wilayah timur Shandong,
mula sedar poster-poster hantu dengan muka pucat dan lidah merah ditampal oleh
pemandu di sini.
Di laman beli belah Taobao, berpuluh-puluh
kedai mula menjual stiker menakutkan itu. Menurut deskripsi di laman produk,
salah seorang penjual berkata stiker itu tidak akan kelihatan jika tiada
pancaran lampu dan boleh memberi tindak balas refleks sekiranya pemandu di
belakang menggunakan lampu tinggi.
Di Jinan, pemandu yang melekatkan stiker itu
boleh didenda 100 Yuan (RM63) bagi setiap satu.
Polis berkata hukuman akan jadi lebih berat
jika stiker terbabit menyebabkan kemalangan jalan raya.
Sumber: The Star, Siakapkeli
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments