Risiko Komplikasi Kronik Kepada Penggemar Minuman '3-in-1'
BUAT orang ramai, produk minuman berasaskan 3-in-1 adalah memudahkan, lebih-lebih lagi ia seakan produk yang wajib ada buat setiap pejabat.
Dengan lambakan pelbagai jenis pilihan, membuatkan pengguna rambang mata
nak memilih yang mana satu menepati citarasa.
Namun, apakah benar informasi yang dinyatakan di setiap bungkusan produk 3-in-1 ini benar-benar menggunakan sukatan yang betul?
Atau adakah sesetengah produk 3-in-1 yang menggunakan
ginseng dikatakan berupaya memberikan tenaga ekstra seperti yang didakwa?
Baca perkongsian dari Doktor Zubaidi Hj. Ahmad ini, yang membongkar
sedikit informasi mengenai produk 3-in-1 yang kita sebagai
pengguna tidak ketahui selama ini.
Pensyarah
Program Dietetik, Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Universiti Sains Malaysia
(USM), Prof. Madya Shariza Abd. Razak berkata, walaupun ada minuman itu
dikatakan mengandungi ginseng atau tongkat ali untuk menambahkan tenaga, namun
kandungannya amat sedikit.
“Ia tidak memberi sebarang kesan dalam
penjagaan kesihatan. Sebaliknya ia mengandungi gula yang banyak iaitu lebih
daripada tiga sudu teh.
“Namun, ramai yang tidak menyedarinya
kerana telah ditenggelamkan oleh rasa pahit kopi tersebut,” katanya.
Menurut
Prof. Shariza, selain kandungan gula yang tinggi, kebanyakan minuman 3-in-1 yang dijual di
pasaran juga menggunakan krimmer susu bukan tenusu yang merupakan sejenis lemak
tepu yang boleh membahayakan kesihatan kerana ia boleh menyumbat saluran arteri
darah dan seterusnya menyebabkan penyakit koronari jantung dan angin ahmar.
Kesannya,
para pesakit jantung atau diabetes yang minum minuman itu secara tidak terkawal
boleh menyebabkan penyakit mereka menjadi lebih serius.
No comments