'Alan Kurdi Rohingya': Terkesankah Dunia Sekali Lagi?
Adakah anda masih
ingat gambar jasad seorang kanak-kanak pelarian Syria, Alan Kurdi yang ditemui
di pantai berdekatan sebuah resort di Bodrum, Turki, pada 2 September 2015?
Masih ingatkah anda
bagaimana perkara itu membuka mata dunia berhubung kesengsaraan yang dialami
oleh penduduk Syria?
Baru-baru ini, satu
lagi gambar kematian seorang kanak-kanak yang senasib dengan Alan Kurdi
mengejutkan dunia.
Gambar seorang
kanak-kanak Rohingya berusia 16 bulan, Mohammed Shohayet, tersembam dalam
lumpur telah tersebar di media sosial.
Difahamkan, Shohayet
dan keluarganya melarikan diri ke Bangladesh bagi mengelak kekejaman anggota
keselamatan Myanmar di Rakine.
Namun, kanak-kanak
malang itu mati lemas ketika dalam perjalanan bersama ibu, bapa saudara dan
abangnya yang berusia tiga tahun.
Menurut media
antarabangsa, bot yang dinaiki mereka karam ketika menyeberang Sungai Naf
menuju Bangladesh dan mayat Mohammed Shohayet ditemui di tebing sungai pada
Rabu lalu.
“Apabila melihat
gambar itu, saya berasa seperti mahu mati, tiada gunanya lagi hidup di dunia
ini,” kata bapanya, Zafor Alam, kepada CNN.
Sementara itu,
gambar viral jenazah bayi berkenaan yang terdampar di tebing sungai mengundang
kemarahan para netizen di media sosial.
Rata-rata netizen
mengelar Shohayet sebagai 'Alan Kurdi Rohingya’ kerana gambar itu membawa
memori kepada kanak-kanak pelarian yang berakhir nyawa di pantai Turki itu.
Malah, ada yang
menyoal adakah insiden kedua ini cukup untuk dunia mengambil tindakan atas
kekejaman yang berlaku di beberapa negara.
"Terbukakah
mata dunia?," soal netizen DivaKnevi.
Sumber: AstroAwani.com.my
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments