Kerana Asyik Bermain, Plug 3 Pin Tembus Kepala Kanak-Kanak 2 Tahun
BEIJING: Keseronokan seorang kanak-kanak
berusia dua tahun bermain di atas katil di rumahnya telah mengundang tragedi
apabila kanak-kanak berkenaan terjatuh, Sabtu lalu.
Apa yang mengerikan, kepala kanak-kanak
berkenaan telah terjatuh ke atas palam elektrik yang menyebabkan kepalanya
telah ditembusi besi 3 pin palam elektrik berkenaan.
Mangsa yang dihantar ke hospital telah
menjalani pembedahan di mana doktor berjaya mengeluarkan palam itu dari
kepalanya selepas selepas tiga jam berada di bilik pembedahan.
Menurut laporan portal xkb.com, dia dikatakan sedang bermain di atas katil kira-kira jam 11 pagi pada 5 November lalu sebelum hilang kawalan akibat terpijak bola plastik dan terjatuh dari katil.
Dia bagaimanapun agak kurang bernasib baik
kerana kepalanya terjatuh betul-betul di atas palam elektrik berkenaan di
bahagian kiri kepala.
Dokor yang melakukan pembedahan berkenaan
menyatakan kesemua tiga pin besi palam berkenaan telah menembusi bahagian otak
mangsa menyebabkan pihaknya perlu mengambil masa yang lama bagi mengeluarkan
objek itu.
Keadaan kanak-kanak itu dilaporkan stabil dan
dijangka dibenarkan keluar dari hospital dalam tempoh dua minggu lagi.
Sumber: Siakapkeli.my
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments