Header Ads

Petua Mudah Menghilangkan Tahi Lalat Atau Kulat Pada Pakaian Anda



Adakah baju kesayangan anda ‘dikotori’ kesan  tahi  lalat atau kulat? Pasti anda amat kecewa kerana kesan tersebut tidak akan hilang. 

Tahi lalat pada baju atau pakaian adalah merupakan bintik-bintik kecil berwarna hitam. Sekiranya telah terkena pada pakaian, ianya akan membuat pakaian anda tetap kelihatan kotor walaupun sudah dicuci bersih. Tahi lalat yang muncul pada pakaian kebiasanyaannya adalah disebabkan oleh tompokan kulat yang telah tumbuh pada pakaian tersebut. Ditambah faktor  lembapan dan suhu yang bersesuaian, ianya merupakan ramuan ideal untuknya berkembang.

Pakaian basah dan lembap yang ‘diperam’ akan mempercepatkan kadar pertumbuhan kulat dan kemunculan tahi lalat. Selain itu, Ia juga boleh terjadi sekiranya anda merendam pakaian dengan menggunakan air yang sedikit, dan menangguhkan bilasan atau cucian pakaian tersebut.

Di sini kami kongsikan cara mudah untuk anda menangani masalah ini.

Petua menghilangkan kesan tahi lalat atau kulat pada pakaian

1.             Campurkan sedikit cuka ke dalam setengah liter air.

2.             Rendamkan pakaian anda yang terkena tahi lalat tersebut ke dalam air campuran cuka tadi. Biarkannya semalaman.

3.             Keesokan harinya cucilah pakaian anda dengan sabun atau detergen seperti biasa.

4.             Sediakan seberkas air panas yang telah dicampur dengan perahan limau nipis.




5.             Bilas pakaian anda dengan sebahagian air panas campuran limau nipis tersebut.

6.             Rendam dan biarkan seketika pakaian anda di dalam baki ramuan air panas dan limau nipis tersebut.




7.             Kemudian, cuci pakaian anda dengan menggunakan sabun atau detergen.

8.             Bilas pakaian dengan menggunakan air bersih.

9.             Jika kesan tahi lalat masih ada pada pakaian, sila ulangi langkah (5) hingga (8) secara berterusan sehingga kesemuanya hilang.

10.         Jemurl pakaian tersebut sehingga kering. Ramuan asam yang ada pada cuka dan limau nipis tersebut dipercayai mampu menghilangkan kesan tahi lalat yang ada pada pakaian anda.


Tips Mencegah Tahi Lalat Pada Baju

1.             Setelah bersukan dan riadah, sebaik-baiknya rendam atau terus cuci pakaian anda, Elakkan berlengah. Jangan pula ‘peruk’ pakaian tersebut.

2.             Sekiranya anda merendam baju, janganlah bertangguh untuk membilasnya, apa lagi sehingga sampai berhari-hari.

3.             Sekiranya pakaian tersebut ingin dipakai semula, sebaiknya anda dinasihatkan menjemur terlebih dahulu pakaian tersebut sehingga benar-benar kering.

Semoga tips-tips yang dikongsikan ini mendatangkan manfaat kepada anda.


Anda juga boleh mencuba tips berikut sebagai tambahan. Selamat mencuba!






Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.

Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!


No comments

Powered by Blogger.