Petua MUDAH Menentukan Minyak Masak Anda Beli Adalah Asli Dan Bukan Dikitar Semula
Minyak masak kitar semula (recycle) tak sesuai untuk digunakan
dalam masakan kerana penggunaannya bakal mengundang pelbagai penyakit berisiko
tinggi termasuk kanser. Amat mengejutkan apabila Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyatakan telah mengesan penglibatan lebih
90% restoran dan premis makanan di Malaysia, menggunakan minyak masak kitar
semula (recycle).
Ada juga kerisauan di kalangan pengguna yang mempersoalkan kemungkinan minyak masak kitar
semula ini diproses daripada sumber dapur RESTORAN
TIDAK HALAL. Minyak masak tersebut telah digunakan dan disimpan dengan banyak, dan kemudiannya dijual kepada peniaga-peniaga pasar malam
dengan harga yang murah.
Pengguna kini perlu lebih peka dalam pilihan mereka, terutamanya apabila menggunakan minyak masak yang dijual dalam bentuk paket. Walaupun bukan semuanya dari sumber minyak yang dikitar semula, jangan ambil risiko. Jangan kompromi kesihatan anda dan keluarga anda hanya untuk mendapatkan barangan dengan harga yang murah.
Sehubungan itu, anda kini perlu lebih peka dan teliti. Anda mungkin perlu selidiki dan lakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum berhasrat membeli makanan yang digoreng dari mana-mana gerai mahupun di pasar malam!
Sehubungan itu, anda kini perlu lebih peka dan teliti. Anda mungkin perlu selidiki dan lakukan pemerhatian terlebih dahulu sebelum berhasrat membeli makanan yang digoreng dari mana-mana gerai mahupun di pasar malam!
Bagaimana
Memastikan Minyak Masak Yang Anda Beli Bukan Dikitar Semula
Ada petua yang anda boleh gunakan untuk memastikan minyak masak yang anda beli tu asli dan bukan minyak masak
yang sudah dikitar semula. Lihat petua dekat bawah :
CARA 1:
Letak minyak masak dalam peti
sejuk selama 2 jam. Sebab? Untuk memastikan ada atau tidak buih keputihan dan
untuk memastikan minyak tu berbuih atau tidak. Sekiranya ada , minyak tersebut
adalah minyak kitar semula. Bermaksud, minyak buangan.
CARA 2:
Masukkan bawang putih
dalam minyak tersebut, jika bawang putih bertukar jadi merah, ia bermaksud
minyak yang anda guna merupakan minyak kitar semula dan ia sangat bahaya.
Bawang putih tidak akan ebrubah jadi warna merah sekiranya minyak yang kita
guna berkualiti baik.
Elakkan dari tertipu. Tingkatkan
ilmu dan kesedaran diri berkaitan isu-isu kepenggunaan di sekeliling anda.
Ambil peduli dan bertindak. Ingat! Kuasa pengguna ada di tangan anda!
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments