'Dawn Raid' Papar Kelicikan Tun Mahathir Merampas Syarikat British
Filem berjudul “Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen” kini dalam proses pembangunan di studio produksinya, Pixel Play.
Pelakon
dan pengarah filem, Bront Palarae merancang untuk menghasilkan sebuah filem
berdasarkan kisah benar kejayaan Tan Sri Khalid Ibrahim ‘merampas’ syarikat
perladangan terbesar daripada British dalam tempoh dua jam.
Filem
“Dawn Raid: The Hands That Rattled The Queen” yang mana kini dalam proses
pembangunan di studio produksinya Pixel Play.
Manakala,
skrip bagi filem itu dihasilkan oleh Redza Minhat bersama dengan Chew Kin Wah
seperti yang dilaporkan www.screendaily.com.
Watak
Khalid akan dilakonkan sendiri oleh Bront.
Filem
yang berlatarbelakangkan pada 1981 itu menceritakan pemilik ladang Guthrie
Group pada asalnya sebuah syarikat perdagangan British telah berjaya dikuasai
oleh Malaysia selepas kerajaan melakukan satu ‘serbuan’ di London Stock
Exchange diketuai Khalid yang dikenali ‘Dawn Raid’ atau ‘serangan waktu subuh’.
Khalid,
bekas Menteri Besar Selangor, menjadi terkenal setelah menyelesaikan “Dawn
Raid’ yang membolehkan PNB memiliki 51 peratus syer di syarikat perindustrian
British dalam tempoh dua jam, sekaligus menjadikan Guthrie milik Malaysia.
Filem
berbahasa Inggeris itu turut mendapat suntikan dana dari Perbadanan Kemajuan
Filem Nasional Malaysia (FINAS).
Sumber : Ohmymedia.cc
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments