Lapan Kes iPhone 6 Meletup di China
Tahun
2016 ialah tahun yang mencabar buat pengguna peranti mudah alih, terutamanya apabila
merujuk kepada isu bateri. Bermula dengan masalah kronik yang melanda Samsung
Galaxy Note 7, kemudian Surface Pro 3, sehinggalah kepada peranti dron GoPro
Karma.
Terkini, Persatuan Pengguna
Shanghai mendakwa menerima lapan laporan mengenai iPhone 6 meletup. Melalui
siasatan awal, pihak Apple kemudian mengeluarkan kenyataan mendakwa insiden letupan
berlaku kerana faktor luaran dan bukan disebabkan kerosakan pada komponen
peranti tersebut.
Isu
bateri pada peranti iPhone tidak terhenti di sini sahaja. Umum mengetahui Apple
telah mengumumkan program gantian bateri iPhone 6S untuk peranti tersebut, yang
dihasilkan di antara September dan Oktober 2015.
Apple turut mendakwa komponen
bateri peranti tersebut yang terdedah terlalu lama kepada udara mengakibatkan
ia gagal menyimpan caj tenaga dengan baik.
Isu lain yang turut ditangani melibatkan
insiden peranti iPhone yang ‘padam’ secara tiba-tiba walaupun bateri
masih mempunyai caj yang tinggi. Apple mendapati ianya berlaku kerana
penggunaan pengecas bateri palsu. Kesan penggunaannya mampu merosakkan cip yang
membaca jumlah caj bateri di dalam peranti tersebut.
Sumber : Ohmymedia.cc
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments