Teknologi Soket Solar Mudah Alih Untuk Mengecas Peranti Kecil
Idea bernas
daripada Kyuho Song dan Boa Oh, graduan Samsung Art and Design Institute di
Seol, Korea ini merupakan sumber inspirasi yang perlu diberikan perhatian; ketika prebiu inovasi
rekaan mereka --- Soket elektrik dengan teknologi solar.
Rekaan yang digelar ‘Window Socket’ ini hanya memerlukan sumber
tenaga matahari sebagai punca kuasa utama. Yang menariknya, soket solar
ini bersifat mudah alih dan boleh dilekatkan pada permukaan kaca seperti
tingkap. Ini ternyata memudahkan lagi proses untuk mendapatkan punca kuasanya
dari sinaran matahari.
Penghasilan produk ini merupakan satu lagi inovasi teknologi
hijau yang kreatif dan dipercayai mampu dimanfaatkan dengan lebih meluas di
masa hadapan. Buat masa kini, keupayaan bateri soket solar ini mampu menyimpan
sehingga 1,000 Mh kuasa elektrik (yang dihasilkan) dengan tempoh pengecasan
penuh selama 10 jam.
Soket solar ini disyorkan diguna sebagai pengecas kepada peranti-peranti
kecil, terutamanya telefon pintar. Di saat memerlukan, ianya berfungsi sepertimana
sebuah unit power
bank.
Walaupun masih di peringkat
prototaip, soket solar ini telah pun membuat penampilan sulungnya melalui
pameran di Global Grad Show of Dubai Design Week, 24 Oktober yang lalu.
Reaksi
umum, mengakui bahawa walaupun Ideanya mungkin nampak ringkas, tetapi ianya dianggap
satu permulaan yang baik dan berharap produk ini menjanjikan perkembangan yang lebih
lagi di masa hadapan.
Sumber: The Vocket
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments