Netizen Kesal Alas Kaki Bendera PAS Dijual Di Pasaraya Giant
SEBUAH pasar raya di Sabah yang didakwa
menjual alas kaki berwarna hijau putih seakan-akan mirip bendera Parti Islam
Semalaysia (Pas) telah mencetuskan kemarahan di kalangan ahlinya di laman
sosial.
Pesuruhjaya PAS Terengganu, Saiful Bakhri Mamat menerusi perkongsian gambar di laman Facebook menyatakan pasaraya itu seakan sengaja membuat provokasi kepada ahli dan penyokong parti itu di seluruh negara.
Beliau
turut meminta pihak pasaraya tersebut untuk tampil memberi penjelasan sebelum
tindakan undang-undang dikenakan.
“Saya mengharapkan Pasaraya Giant Tawau memberi
penjelasan sebelum orang ramai merasa keluh kesah dengannya alas kaki
berkenaan,” katanya.
Menerusi gambar, alas kaki berwarna hijau dengan
bulatan berwarna putih itu dipegang oleh salah seorang lelaki yang memakai
baju t-shirt ARC (Alternative Riding Club), sebuah kelab motorsikal yang
ditubuhkan oleh Sayap Pemuda PAS.
Pasaraya
seperti Giant seharusnya lebih sensitif dan peka sewaktu menyemak stok
jualan. Logo atau lambang persatuan ‘masak-memasak’ sekalipun sebenarnya
tidak boleh dijadikan alas kaki, apatah lagi lambang parti politik.
Bila
lambang parti dihina sebegini, penyokong parti mana pun akan marah kerana ia
dianggap seperti tidak menghormati sekali gus membuatkan mereka rasa terhina
dengan perkara itu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments