Kesan Trump: Laman Web Imigresen Kanada Sesak Teruk 'Diserang' Rakyat Amerika!
TORONTO – Mungkin sesetengah rakyat Amerika Syarikat (AS) tidak
bergurau semasa mereka mengugut untuk beramai-ramai pindah ke Kanada jika calon
presiden Republikan berjaya memerintah Rumah Putih.
Laman sesawang utama
imigresen Kanada dikatakan sedang mengalami kesesakan trafik yang melampau pada
malam 8 November, semalam, semasa Trump sedang mara menghampiri kemenangan
untuk menjadi presiden AS yang terbaru, lapor Reuters.
Terdapat beberapa
aduan mengenai kesukaran untuk melayari laman sesawang www.cic.gc.ca di mana pengguna tidak dapat
masuk akibat gangguan server dalaman.
Para pegawai di dalam kementerian tersebut tidak dapat memberikan sebarang kenyataan berhubung insiden itu, namun masalah yang dihadapi laman sesawang itu telah dimaklumkan orang ramai melalui Twitter.
Selepas sesetengah
rakyat Amerika berseloroh mahu menetap di Kanada jika Trump menjadi presiden,
idea tersebut telah diambil secara serius oleh beberapa komuniti di negara
tersebut.
Februari lalu, pihak
berkuasa di pulau Cape Breton yang terletak di pesisir lautan Atlantik telah
mempromosikan tempat tersebut sebagai satu kawasan perlindungan yang
menenangkan bagi rakyat Amerika yang mahu bebas daripada cengkaman Trump, jika
beliau dilantik.
Sumber: MYNEWSHUB.CC, BBC News
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments