Bagaikan Pesta: Hampir 1,000 Berbaris Isi Minyak Percuma Sumbangan Pesara
SUNGAI PETANI, 4 Nov: Hampir 1,000 penunggang motosikal di sini berbaris panjang untuk mengisi
minyak petrol percuma sumbangan seorang pesara di sebuah stesen minyak dekat
Tikam Batu sejak awal pagi tadi.
Petrol itu disumbangkan bekas pegawai Pejabat Daerah (PPD) Kuala Muda, Abdul Ghani Haron, 60.
Menurut BH Online, beratus-ratus penunggang motosikal
berbaris panjang di Shell Tikam Batu bagi mengisi petrol bermula jam 6.30 pagi.
Menurut Abdul Ghani, sumbangan petrol itu adalah sebahagian
program sedekah amal jariah yang dilakukan bersama rakan-rakannya untuk meringankan
beban masyarakat.
"Bukan untuk menjadi popular, tetapi sekadar melakukan sedekah jariah; malah bukan minyak saja yang diberi tapi pelbagai barangan keperluan lain kepada mereka yang memerlukan." katanya ketika ditemui di sini sebentar tadi.
Berikut dikongsikan di antara
posting daripada netizen di laman sosial yang berkaitan:
Sumber: BHOnline,
Siakapkeli.my
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments