5 Tabiat Buruk Ini Menyebabkan Petrol Dalam Tangki Kenderaan Anda Cepat Kering!
Diketika ramai yang mengeluh dengan harga minyak yang semakin naik,
bermacam-macam cara dan tips dikongsi untuk menjimatkan petrol ketika memandu.
Maka, kali ini kami kongsikan 5 tabiat buruk yang
sering dilakukan oleh pemandu yang mana boleh menyebabkan petrol dalam tangki
lebih cepat kering.
1 - Mengira untuk mengisi penuh tangki kereta
Ruang kosong di dalam tangki kereta boleh
memberi ruang kepada proses evaporasi untuk berlaku, seterusnya menyebabkan
pembaziran petrol kerana wap-wap gas dalam tangki boleh terkeluar dari kereta.
2 - Selalu mengabaikan pemeriksaan tekanan
angin tayar
Tekanan tayar yang sempurna boleh memberikan
lebih kilometer untuk setiap titisan petrol anda. Tekanan tayar yang tidak
sempurna boleh menyebabkan kereta memerlukan lebih tenaga untuk bergerak.
Anda dinasihatkan agar memeriksa tekanan
angin sebulan sekali. Janganlah risau, sehingga kini tiada caj tambahan dikenakan untuk mengisi angin tayar kenderaan anda!.
3 - Selalu tekan pedal minyak sampai ke lantai.
Ini memang mengikut logik mudah. Lebih kuat anda tekan pedal minyak, lebih cepat
petrol habis.
Jadi untuk menjimatkan petrol, biarkan kereta
anda memecut secara natural. RPM yang terbaik untuk penjimatan adalah antara
2,000 - 2,500. Jika lebih, ia mungkin boleh menyebabkan pembaziran tenaga.
4 - Buka tingkap ketika memandu lebih 80+km/j
Menurut jurnalis automotif, Christopher Neiger,
memandu pada kelajuan 88km/j sambil membuka tingkap boleh menyebabkan penurunan
20% atau lebih terhadap keefisyenan pembakaran petrol.
Jadi, gunakan pendingin hawa ketika anda memandu
pada kelajuan ini.
5 - Selalu meletakkan kenderaan di bawah terik
matahari.
Apabila kereta diletakkan dibawah sinaran terik
matahari, akan berlaku proses 'evaporasi' (penyejatan) di dalam tangki petrol sehingga
menyebabkan hawa-hawa gas petrol terkeluar dari kereta.
Juga, anda perlulah pastikan penutup petrol ditutup kemas supaya gas petrol tidak terkeluar dari tangkinya.
Satu lagi, pastikan kereta diservis pada jadual yang ditetapkan. Minyak hitam dan penapis udara yang kotor juga boleh menyebabkan petrol lebih cepat habis.
Sumber: Siakapkeli.my, HowCast
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments