Kesan Trump: "Lupakan Sahaja Kewujudan Negara Palestin!" - Menteri Israel
BAITULMAQDIS: Menteri Pendidikan Israel, Naftali Bennett
berkata impian rakyat Palestin untuk menubuhkan sebuah negara merdeka kini
boleh dilupakan susulan kemenangan calon Repulikan Donald Trump dalam Pilihan
Raya Presiden Amerika Syarikat yang baru tamat.
“Kejayaan Trump membuka peluang buat Israel
untuk serta merta menarik balik idea penubuhan negara Palestin di tengah-tengah
wilayahnya, yang mana akan menjejaskan keselamatan dan perjuangannya,"
kata Bennet yang juga anggota parti pelampau, Jewish Home.
Bennet jelas merujuk kepada wilayah Tebing
Barat yang dijajahi Yahudi sekian lama.
“Ini adalah pendirian presiden (Amerika
Syarikat) yang dipilih. Era kewujudan negara Palestin sudah berakhir.”
Sementara itu Menteri Kehakiman Israel, Ayelet
Shaked yang juga dari parti yang sama, mahu Trump mengotakan janjinya untuk
mengalihkan Kedutaan Amerika Syarikat di Tel Aviv ke Baitulmaqdis, sesuatu yang
lari dari pendirian Parti Republikan dan Parti Demokrat sebelum ini.
Tuntutan yang sama turut disuarakan Timbalan
Menteri Luar Israel, Tzipi Hotovely.
Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Namun masih belum ada sebarang reaksi dari perdana menteri Israel, Benjamin Netanyahu.
Status Baitulmaqdis
adalah satu daripada isu yang menjadi halangan dalam konflik Israel-Palestin
dan rundingan penubuhan negara Palestin selama ini.
Rakyat Palestin
melihat Baitulmaqdis Timur sebagai ibu negara mereka di masa akan datang,
sementara Israel menganggap bandar itu sebagai ibu negaranya.
Dalam kempennya sebelum ini, Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Dalam kempennya sebelum ini, Trump pernah berjanji untuk mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.
Sumber: Astro Awani
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments