Bayi Maut Terjatuh 30 Kaki Setelah Nenek Gagal Stabilkan Diri Di Eskalator
Satu rakaman video yang merakamkan saat seorang
bayi empat bulan terjatuh pada ketinggian 30 kaki dari eskalator tersebar di
media sosial.
Rakaman itu memaparkan bagaimana seorang nenek,
yang gagal menstabilkan diri ketika menuruni eskalator seterusnya terlucut bayi
terbabit.
Biarpun dia cuba menghulur tangan, namun dia
gagal untuk memegang kembali bayi tersebut.
Menurut laporan, bayi itu kemudian dikejarkan
ke hospital namun disahkan maut di hospital selepas parah.
Insiden tragis itu berlaku di tingkat tiga
Plaza Wu Yue di Qingpu, Shanghai.
Sumber: DailyMail
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments