RM30.2 Juta Kos Perbelanjaan Kerajaan Untuk Penjagaan 2 Ekor Panda Gergasi Sejak 2014
KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan telah membelanjakan sebanyak RM30.2 juta dengan RM60,000 sebulan bagi menjaga dua ekor panda gergasi yang dihadiahkan oleh Kerajaan China pada 2014, lapor FreeMalaysia Today.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri
Wan Junaidi Tuangku Jaafar berkata, jumlah itu diperuntukkan di bawah
Perjanjian Kerjasama Konservasi Antarabangsa Panda Gergasi yang dipersetujui
bersama Beijing.
Dalam jawapan bertulis Wan Junaidi berkata,
Kerajaan memperuntukkan RM25.4 juta manakala selebihnya dibelanjakan Zoo
Negara, yang menjadi tuan rumah kepada dua panda Fu Wa (Xing Xing) dan Feng Yi
(Liang Liang).
Dua panda gergasi berkenaan telah dipinjamkan
kepada Malaysia pada 2014 bagi tempoh 10 tahun sebagai simbol hubungan
diplomatik 40 tahun Malaysia-China.
Bagaimanapun, perjanjian itu mensyaratkan bahawa
panda dan anak panda yang dilahirkan pada Ogos lalu, tetap milik China walaupun
dilahirkan di Malaysia. Malah, untuk menamakan anak panda sekali pun memerlukan
kebenaran dari Kerajaan China.
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments