Sultan Muhammad V Yang di-Pertuan Agong Ke-15 Mulai Disember
PUTRAJAYA: Majlis Raja-Raja dalam mesyuarat khasnya hari ini bersetuju
mengisytiharkan Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V sebagai Yang di-Pertuan
Agong yang baharu berkuatkuasa pada 13 Disember ini untuk tempoh lima tahun.
Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Baginda akan menggantikan Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah yang tamat tempoh lima tahun sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-14.
Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah dipilih menjadi Timbalan Yang di-Pertuan Agong untuk tempoh yang sama, menurut kenyataan Penyimpan Mohor Besar Raja-raja Datuk Seri Syed Danial Syed Ahmad hari ini.
Mesyuarat Khas Majlis Raja-Raja itu dihadiri semua Raja dan
dipengerusikan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail.
Sultan Kelantan Sultan Muhammad V merupakan seorang raja berjiwa rakyat
dan sangat dekat di hati penduduk negeri Kelantan.
Raja berjiwa rakyat
Tengku Muhammad Faris Petra, 47, putera sulung Sultan Ismail Petra
menggunakan gelaran Sultan Muhammad V setelah dimasyhurkan sebagai Sultan
Kelantan ke-29 pada 13 September 2010.
Sejak ditabalkan sebagai Tengku Mahkota Kelantan pada 6 Oktober 1985,
baginda lebih suka mengenakan jubah atau berbaju Melayu dengan berkain pelikat
serta berkopiah putih ketika melawat rakyat.
Baginda tidak kekok duduk bersila bersama rakyat semasa mengadakan
lawatan ke kampung-kampung, malah amat mengambil berat kebajikan mereka dan
kerap kali dalam diam dan di luar pengetahuan media, menjengah kehidupan mereka
yang memerlukan pembelaan.
Sultan Muhammad V yang diputerakan pada 6 Oktober 1969, mendapat
pendidikan awal di Sekolah Sultan Ismail I, Kota Bharu sebelum melanjutkan
pelajarannya ke sekolah antarabangsa Alice Smith di Kuala Lumpur.
Baginda kemudian ke Oakham School Rutland, England sehingga 1989 sebelum
melanjutkan pengajian dalam bidang kajian diplomatik di St. Cross College,
Oxford serta di Oxford Centre for Islamic Studies sehingga 1991.
Sultan Muhammad V yang merupakan Canselor Universiti Malaysia Kelantan
(UMK) gemar membaca serta meminati sukan lasak seperti ekspedisi kenderaan
pacuan empat roda dan kejohanan kuda lasak.
Baginda juga meminati sukan memanah, boling serta memelihara haiwan seperti
kuda, kucing, ayam dan burung.
Baginda mempunyai tiga adinda iaitu Tengku Mahkota Kelantan Tengku
Muhammad Faiz Petra, 37, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 33, dan Tengku Amalin
Aishah Putri, 27.
Sumber: Astro Awani
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments