Kantoi Rahsia 'Kahwin' Dua, Lelaki Ditikam Mati Bakal 'Adik Ipar'
KUALA TERENGGANU, 16 Okt: Seorang lelaki yang berusia 34 tahun ditemui mati oleh orang ramai bersama dengan enam kesan tikaman di tempat letak kereta di pejabat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Terengganu (MAIDAM) disini pagi tadi.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri,
Wan Abdul Aziz Wan Hamzah, siasatan awal mendapati mangsa ditikan oleh suspek
yang juga bakal adik iparnya menggunakan pisau dalam kejadian kira-kira 11.30
pagi tadi.
"Kita mendapat maklumat orang awam mengenai kejadian itu pada pukul 11.36
pagi. Melalui siasatan awal, suspek yang berumur 29 tahun hadir ke pejabat
Maidam bersama keluarganya untuk menyemak status perkahwinannya yang berasal
dari Kuala Terengganu."
"Setelah disemak, suspek didapati telah berkahwin. Bagaimana pun suspek
mendakwa dia masih bujang kepada keluarga mangsa dan berlakulah pertengkaran
dan pergelutan antara suspek dan mangsa yang merupakan abang kepada bakal
isteri suspek," katanya kepada pemberita di tempat
kejadian.
Menurut beliau lagi, suspek dipercayai
mengeluarkan pisau sepanjang enam inci lalu menikam mangsa sebanyak enam kali
yang mana dua darinya di bahagian leher dan dada kiri sehingga menyebabkan
kematian kepada mangsa.
"Suspek kemudian melarikan diri dengan sebuah kereta dengan bantuan dua
orang rakannya. Suspek turut mengacu kepada pengawal keselamatan yang menjaga
pagar utama pejabat Maidam dengan menggunakan pisau yang sama."
"Polis kini sedang melancarkan gerakan memburu suspek dan dua lagi
rakannya dengan melakukan Ops Tutup dan kita percaya suspek dan rakan
subahatnya masih berada dalam negeri ini,"
katanya.
Tambah beliau lagi, pihaknya turut meneliti
rakaman kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengenal pasti suspek dan
rakan-rakannya dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana
membunuh.
Sementara itu, pengawal keselamatan tersebut
berkata dia sedang menutup palang pagar utama apabila suspek tiba-tiba datang
sambil mengacukan pisau dan berkata: "Saya tak nak kacau orang."
"Suspek kemudian membuka sendiri palang dan terus memecut keretanya. Saya
sebelum itu tidak tahu telah berlaku kes bunuh. Saya ingatkan ada kes curi
kereta," katanya.
Sumber: Siakapkeli.my, mStar Online
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments