Kerana Kecewa, Facebook Najib Dihujani Serangan '20¢'
Laman
sosial Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak diserang mesej “20¢” selepas
kerajaan menaikkan harga minyak RON95 dan RON95 sebanyak 20sen mulai tengah
malam tadi.
Pengguna
Internet yang tidak puas hati dengan langkah itu mengambil kesempatan menulis
status “20¢” di bahagian komen setiap tulisan dan pautan yang dikongsi beliau.
Ramai
pengguna menampal beratus-ratus simbol itu dalam satu komen. Tiada ulasan lain
diberikan.
Di
status terkini Najib yang mengucapkan terima kasih kepada anggota keselamatan
yang berkhidmat di musim perayaan misalnya, hampir semua komen meletakkan
simbol 20sen.
Setakat
berita ini ditulis, hanya dua pengguna maya sahaja yang memberi komen berbeza,
iaitu:
Halimah Said: Saya suka gambar ini
Hairil Afzal: Janji 'dicapati... tembolok
sendiri dipenuhi.
Bukan itu sahaja, gambar profil beliau juga menerima menjadi mangsa 'spam' itu.
Kenaikan terbaru itu berkuat kuasa sejak 12 tengah malam tadi dan menjadikan harga minyak berada pada tahap tertinggi sejak Januari 2016.
Harga
runcit petrol RON95 kini menjadi RM2.30 seliter, RON97 (RM2.60 seliter) dan
diesel naik 10sen kepada RM2.15 seliter, mulai tengah malam ini.
Najib
setakat ini belum mengulas berhubung kenaikan harga itu.
Kerajaan
menggunakan sistem apungan terkawal yang mengambil kira pelbagai faktor untuk
menentukan harga minyak, termasuk harga minyak mental dunia, kekuatan mata wang
negara serta purata harga untuk bulan sebelumnya.
Sumber: Malaysiakini
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments