Gempa Bumi Berukuran 6.5 Gegarkan Banda Aceh, Puluhan Bangunan Musnah
Sekurang-kurangnya seorang meninggal dan
puluhan yang lain dikhuatiri terperangkap di bawah runtuhan selepas Banda Aceh,
Indonesia telah dilanda gempa bumi kuat berukuran 6.5 Skala Ritcher subuh tadi.
Memetik laporan Straits Times, Gempa
bumi berkenaan melanda kira-kira jam 5:03 pagi tadi waktu tempatan atau 6:03
pagi waktu Malaysia.
Gempa bumi itu berlaku pada waktu subuh di
beberapa wilayah yang majoriti penduduknya Muslim bersedia untuk solat subuh,
kata pegawai tempatan.
Pembesar Daerah, Apriadi Achmad berkata,
seorang lelaki tua telah meninggal dunia, mungkin akibat serangan jantung, dan
ada kebimbangan untuk berpuluh-puluh dipercayai terperangkap di dalam rumah
rosak.
"Beberapa rumah kedai dan rumah telah
runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemilik masih terperangkap di sana," Achmad, ketua pejabat pengurusan bencana tempatan,
kepada AF
"Kami telah menggerakkan jentera berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan orang-orang yang terperangkap," katanya.
Agensi Pengurusan Bencana Kebangsaan Indonesia
(BNPB) berkata, beberapa bangunan telah musnah akibat gempa bumi dan usaha
untuk merawat mangsa yang cedera sedang dijalankan.
"Beberapa rumah dan rumah kedai di Pidie
Jaya telah runtuh, terdapat penduduk yang cedera, usaha sedang dijalankan untuk
menangani kesan gempa bumi," kata Dr
Sutopo Purwo Nugroho, yang mengetuai Bahagian Maklumat Data dan pada BNPB.
No #tsunami threat to Australia from mag 6.6 #earthquake to the north of Sumatra, Indonesia. Latest info at bom.gov.au/tsunami
Gempa bumi ini dikatakan tidak berpotensi
terjadinya tsunami.
Sumber: Siakapkeli.my
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments