Wow! Rekaan Helmet Basikal Ini Berasaskan KERTAS; Dan Memenangi Anugerah Pencipta Dyson
Anda
mungkin tidak mempercayainya, namun helmet basikal ini telah diiktiraf selamat untuk
digunakan.
Melihat
kepada rekabentuk dan struktur helmet basikal yang diperbuat daripada kertas
ini mungkin akan membuatkan anda meragui tentang ketahanannya. Namun Isis
Shiffer iaitu penuntut Royal College of Art, London berjaya membutikan
sebaliknya.
Apabila membincangkan soal helmet
sudah pastinya soal keselamatan yang diutamakan. Untuk pengetahuan anda helmet
ini telah diiktiraf selamat untuk digunakan berdasarkan piawaian keselamatan
Eropah.
Menghasilkan produk yang selamat, efisyen dan inovatif dari segi
rekabentuk antara kritieria EcoHelmet dipilih sebagai pemenang Dyson
Inventor Award.
Menggunakan barang yang boleh dikitar semula, helmet ciptaan
Isis Shiffer ini mampu menahan menahan basah hujan sehingga 3 jam. Lebih
menarik, EcoHelmet mula dijual dengan harga £4 sahaja. Ternyata amat
murah!.
Dengan harga yang
rendah serta efisyen, Isis Shiffer bakal mengusahakan untuk meluaskan penjualan
EcoHelmet di serata kedai bermula dengan London, tempat beliau banyak
menghabiskan masa membuat kajian dan mencipta EcoHelmet.
Sumber: OhMyMedia.cc
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments