Header Ads

Lonely Planet: Perak Diiktiraf 10 Wilayah Terkemuka Dunia 2017



KUALA LUMPUR, 26 Okt - Penerbit buku panduan kembara global, Lonely Planet menyenaraikan Perak antara 10 Wilayah Terkemuka Dunia, dalam pilihannya bagi tahun hadapan.

Senarai itu dimuatkan dalam terbitan terbaharu Best in Travel 2017 dikeluarkan semalam dan merupakan edisi tahunan ke-12 Lonely Planet yang memaparkan koleksi aliran (pelancongan dan pengembaraan) terkini, destinasi dan pengalaman dunia bagi tahun depan.



Buku kembara tahunan itu menyenaraikan 10 negara, bandar, wilayah serta destinasi terbaik disyorkan kalangan pakar Lonely Planet sendiri serta berperanan sebagai panduan pengembaraan bagi 2017.

Perak berada di kedudukan kesembilan selain Choquequirao, Peru (kedudukan 1); Taranaki, New Zealand (2); The Azores, Portugal (3); North Wales, United Kingdom (4); South Australia (5); Aysen, Chile (6); The Tuamotus, French Polynesia (7); Coastal Georgia, Amerika Syarikat (8) dan The Skellig Ring, Ireland (10).

“Ipoh yang juga ibu negeri Perak, menjadi tumpuan kerana kerancakkan pembangunan kafe hip serta butik gaya vintaj.

“Buktinya dapat disaksikan di sekitar kawasan blok Kong Heng, yang turut menempatkan Hotel Sekeping Kong Heng. Keunikan seni binaan dan hiasannya amat menggamit kalbu. Persekitarannya menggabungkan keunikan elemen lama, yang klasik dengan elemen seni moden.

“Kewujudan barisan kafe seperti Roquette Cafe, Burps & Giggles, Bits & Bobs ternyata dapat menarik ramai pengunjung untuk membeli-belah sambil menikmati juadah seperti ais kepal di kawasan bersejarah ini,” ulas Lonely Planet.

Selain itu, kata media berkenaan, kalangan pemilik rumah penginapan dan pemandu pelancong di Pulau Pangkor juga mula menawarkan peluang menikmati aktiviti kembara alam sekitar dan perkampungan, menyusuli program ditawarkan badan bukan kerajaan.


Sumber:         Bernama, Malaymail Online



Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.

Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!


No comments

Powered by Blogger.