Tragedi Kebakaran Hospital Sultanah Aminah, Enam Dilaporkan Maut
JOHOR BAHRU – Enam orang dipercayai maut selepas terperangkap
dalam kejadian kebakaran di tingkat dua, Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital
Sultanah Aminah (HSA) di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian yang
dipercayai berlaku kira-kira jam 9 pagi itu, wad di tingkat dua bahagian
selatan unit rawatan rapi (ICU) terbakar dan menyebabkan pesakit dipindahkan ke
tapak berhimpun di perkarangan HSA.
Difahamkan,
enam mangsa yang maut adalah pesakit iaitu empat wanita dan dua lelaki manakala
seorang pesakit melecur 80 peratus serta tiga kakitangan hospital sesak nafas
akibat menghidu asap tebal.
Kejadian
dipercayai berlaku akibat lintar pintas, namun tiada laporan rasmi yang
dikeluarkan pihak berkuasa.
Jurucakap
Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor berkata, usaha memadamkan kebakaran dan
menyelamat selesai dijalankan menjelang tengah hari Selasa.
25/10/2016: KEBAKARAN HOSPITAL TINGKAT 2, WAD ICU SELATAN, HOSPITAL SULTANAH AMINAH, JOHOR BHARU 8.56 pagi. 2 mangsa dikhuatiri terperangkap pic.twitter.com/wuoi6Jyl8c— BOMBA (@bombaJBPM) 25 October 2016
Menurutnya,
sehingga pukul 10.20 pagi tadi, anggota Bomba dan Penyelamat masih sibuk
memadamkan kebakaran.
Pekarangan
HSA dipenuhi pesakit yang dipantau jururawat dan doktor di hospital itu.
Sumber: MYNEWSHUB.CC, Astroawani.com
Sumber: MYNEWSHUB.CC, Astroawani.com
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments