#RIPBlackBerry: Penghujung Sebuah Era Bagi BlackBerry!
Blackberry hari ini secara rasminya mengumumkan
pengundurannya dari persaingan kompetitif. Syarikat gergasi telekomunikasi dari
Canada itu juga merancang untuk tidak lagi menghasilkan perantinya sendiri, namun sebaliknya akan memberi tumpuan pula kepada bidang pembangunan
perisian.
Blackberry dilihat gagal dalam meramal
trend pembaharuan, khususnya setelah menyedari ramai daripada pesaingnya telah beralih
kepada penggunaan teknologi skrin sesentuh (touch screen). Perkembangan tersebut menyebabkan ramai dari pelanggannya kini
beralih kepada peranti lain.
Ini menyaksikan hilangnya daya saing
jenama tersebut dengan pengeluar-pengeluar utama lain seperti Apple iPhone,
Samsung Galaxy dan lain-lain peranti Android berasaskan sistem perisian Google.
Malah Microsoft turut mendepani BlackBerry dengan pengeluaran perantinya yang
berasaskan perisian Windows,
Dalam satu kenyataan yang dimuat naik di laman blog BlackBerry, Ketua Pegawai Operasi BlackBerry Ralph Pini berkata ia akan bergantung kepada rakan kongsi pihak ketiga untuk mengeluarkan peranti mereka.
"Ini adalah masa depan perniagaan kami,
dan ia adalah langkah yang betul untuk terus menjana keuntungan, katanya.”
"Ini akan membolehkan sumber kami untuk
memberi tumpuan kepada perisian keselamatan, dan juga beberapa aspek lain,”
katanya lagi.
Pini turut mengumumkan negara Indonesia sebagai
pasaran pertama bagi pelesenan perisian peranti itu.
"Indonesia adalah pasaran terbesar
BlackBerry untuk peranti dan setakat ini pasaran yang paling besar bagi sistem
penghantaran mesej BBM ciptaan kami.
"BB Merah Putih adalah usaha sama yang
baru ditubuhkan, dicipta untuk menyokong usaha-usaha kerajaan Indonesia untuk
menggalakkan pembangunan, pembuatan dan penciptaan produk sumber tempatan di
samping meningkatkan bilangan telefon pintar LTE yang dijual di negara
ini," katanya.
Sementara itu, berita ini mendapat perhatian
netizen dengan hashtag #RIPBlackBerry trending.
Mereka berkata pengumuman ini sebagai
berakhirnya satu era.
Sumber: Astro Awani, CNN
No comments