Header Ads

Panduan Mudah Memuat Turun Video Dari Sumber 'Streaming'

 


Adakah anda seringkali menonton video melalui streaming? Atau anda mahu memuat turun klip-klip video yang anda sukai untuk ditonton kemudian? Ada beberapa kaedah-kaedah yang boleh anda cuba, namun di ruangan ini kami kongsikan salah satu daripada kaedah tersebut yang ternyata paling mudah dan cepat untuk anda melakukannya. Kaedah-kaedah yang digunakan ini tidak memerlukan anda untuk mendaftar sebagai pengguna dan tiada sekatan (limit) disyaratkan dalam penggunaannya.


Memuat Turun Video Dari Facebook

Cara mudah untuk memuat turun klip-klip video dari laman Facebook adalah seperti berikut:

1.        Layari Facebook dan tentukan klip video yang anda ingini

2.        Pada paparan tetingkap video tersebut, klik kanan pada tetikus dan pilih “Show video URL”




3.        Copy URL video yang timbul (Klik Ctrl+C)




4.        Layari laman Facebook Video Downloader (FBDown) di URL berikut:

       (http://www.fbdown.net)



5.        Paste kan URL video tadi dan klik pilihan “Download”






6.        Pilih kualiti output video; sama ada anda ingin video berkualiti biasa atau HD dan Klik “Download video in….”


Memuat Turun Video Dari Youtube

Cara untuk memuat turun klip video adalah seperti berikut:

1.        Layari Youtube

2.        Cari dan tentukan klip video yang anda ingini

3.        Klik untuk memaparkan video tersebut

4.        Tentukan URL video tersebut (https://www.youtube.com/........)

5.        Klik pada URL video dan taipkan “ss” seperti berikut (https://www.ssyoutube.com/....)




6.        Klik “Enter”

7.        Anda akan dibawa ke laman Savefrom.net - Youtube Video Downloader (http://en.savefrom.net/)

8.        Klik “ > “ dan tunggu sehingga output video dipaparkan




9.        Pilih kualiti output video dan klik “ > “ untuk memulakan muat turun.





Teknik-teknik yang dinyatakan ini adalah tertakluk kepada perubahan khususnya kepada polisi laman-laman tersebut dari masa ke semasa.

Selamat mencuba!

Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.

Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!



No comments

Powered by Blogger.