Header Ads

Memperkenalkan Marketplace: Ruang Niaga Maya Anda di Facebook




PADA hari ini, sekurang-kurangnya satu laman (page) atau kumpulan (group) menerusi laman Facebook pasti akan dilawati anda sama ada untuk membeli atau menjual sesuatu.

Menurut anggaran Facebook, kira-kira 450 juta pengguna laman sosial terbesar dunia itu melawat laman atau kumpulan jual beli setiap bulan.

Hal ini membuatkan Facebook mengumumkan sebuah fungsi baharu dinamakan sebagai Marketplace. 


Melaluinya ia membolehkan para pengguna untuk berjual-beli barangan dengan pengguna sekeliling dengan lebih mudah berdasarkan lokasi mereka.

Ciri ini bakal diperkenalkan beberapa hari lagi di empat buah negara iaitu Amerika Syarikat, United Kingdom, Australia dan New Zealand.

Apabila pengguna menekan ikon Marketplace pada aplikasi Facebook, senarai gambar barangan yang dijual oleh pengguna lain di lokasi berhampiran akan terpapar.




Marketplace dilengkapi dengan fungsi carian yang membenarkan pengguna memperinci hasil carian misalnya mengikut jenis barangan, lokasi dan harga.

Dengan 1.8 billion pengguna di seluruh dunia, perkembangan Marketplace pastinya bakal diikuti rapat oleh para pesaing seperti eBay, Carousell dan Craigslist yang lebih awal menyediakan laman jual beli atas talian.

Facebook juga mungkin kelak akan mengintegrasikan fungsi bayaran dan sebagainya pada masa akan datang, sekali gus membawa platform e-dagang lebih ke hadapan berbanding pesaing mereka.


No comments

Powered by Blogger.