Malang Tidak Berbau: Lelaki Maut, Kereta Dihempap Gear Box Lori
Subang Jaya: Seorang pemandu kereta maut
selepas kereta yang dipandunya telah dihempap pemacu gear lori seberat 20
kilogram di kilometer 38 Lebuhraya Shah Alam (KESAS), berhampiran susur keluar
Subang Jaya, di sini, petang semalam, lapor Harian Metro.
Kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang
itu, mangsa yang memandu kereta bersama isteri dan anaknya dalam perjalanan
dari arah Kuala Lumpur menuju ke Shah Alam, namun secara tiba-tiba komponen
lori yang diekorinya tercabut dan terpelanting ke arah mangsa di dalam kereta.
Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi
Superintendan Sahimi Husin berkata, siasatan awal mendapati satu komponen dari
lori yang dalam perjalanan dari arah Shah Alam ke Kuala Lumpur tercabut dan
terpelanting ke arah kereta mangsa.
"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat."
"Komponen itu tercampak tepat di cermin hadapan bahagian pemandu hingga menyebabkan kepala pemandu cedera parah dan pemandu maut di tempat kejadian manakala penumpang lain terselamat."
"Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk dibedah siasat," katanya ketika dihubungi.
No comments