Header Ads

Masih Tak Serik, Lagi Kes Panjat Mercu Tanda Ipoh Dikesan



Selepas kecoh dengan isu lapan sekawan memanjat IPOH, kini kawasan itu sekali lagi digemparkan dengan foto seorang pemuda memanjat papan tanda gergasi itu.

Di kapsyen foto itu, pemuda berkenaan menulis: "IPOH geli-geli... boleh laa,".

Posting oleh lelaki berkenaan terus dihujani dengan pelbagai komen dari orang ramai antaranya : "mohon serah diri".

Dua keping foto terbabit dimuat naik oleh lelaki terbabit kira-kira 20 jam yang lalu.






Datuk Bandar Ipoh, Datuk Zamri Man bagaimanapun berkata, pihaknya belum menerima maklumat lengkap berkaitan perkara itu.

"Saya akan kumpul maklumat kes ini dahulu termasuk identiti lelaki yang terlibat sebelum mengulas lanjut," katanya sebagaimana lapor Sinar Online.


Sumber:         Sinar Harian


Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.

Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!


No comments

Powered by Blogger.