Header Ads

'Kapchai' Mungkin Diharamkan Masuki Pusat Bandar Kuala Lumpur



KUALA LUMPUR - Kemasukkan motosikal kapchai (motosikal bersaiz kecil) mungkin akan dilarang dari memasuki pusat bandar Kuala Lumpur sebagai langkah mengurangkan pelepasan karbon, lapor The Star.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, pihaknya sedang meninjau larangan terhadap motosikal untuk memasuki Kuala Lumpur jika tambang pengangkutan awam boleh didapati pada harga yang berpatutan. 


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan


"Pada waktu siang, jumlah populasi di bandar Kuala Lumpur meningkat mendadak antara lima atau tujuh juta kerana ramai yang berulang alik ke tempat kerja.

"Kebanyakan bandar tidak membenarkan motosikal kapchai memasuki bandar utama. Namun kajian menunjukkan bahawa ramai yang masih memerlukannya (motosikal) kerana mereka tidak berkemampuan untuk membeli kenderaan lain dan pendapatan mereka yang rendah. 

"Sebaik saja pengangkutan awam yang murah boleh didapati, kami akan melihat kemungkinan untuk melarang kemasukan motosikal kapchai ke bandar," katanya memetik laporan dari The Star.

Selain itu, Adenan juga berkata, motosikap kapchai juga sering digunakan oleh penjenayah untuk meragut di bandar.


Sumber:         The Reporter


Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.

Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!


1 comment:

  1. DENGAR SINI TIMBALAN MENTERI YANG BODOH SAMPAI KELANGIT KETUJUH
    KALO NAK HARAMKAN KENDERAAN NAPE KO X HARAMKAN LORI YG LAGI BESAR DR KAPCHAI

    ATAUPUN KO ADE MAKAN RASUAH DENAGN TEKONG LORI SAMPAI TAKUT NAK HARAMKAN LORI KAT KL
    KO IGT ORANG KL TU SEMUA KAYA RAYA SAMPAI MAMPU BELI MOTOR LAMBORGHINI BAGAI
    SBBKAN Y15 KORANG NAK HARAMKAN MOTOR KAPCHAI
    KO DENGAR SINI KO PUNYE ALASAN IBARAT XDE OTAK KAT KEPALA SBB KO TU LG TERUK ORG LETAK OTAK KAT LUTUT

    KALO MACAM NII PEMIKIRAN KO LEBIH BAIK KO LETAK JAWATAN JELAH
    DASAR MENTERI BUAT KITA SENANG TAPI MENYUSAHKAN RAKYAT

    ReplyDelete

Powered by Blogger.