Hilang Di Gunung Damavand: Mayat Ditemukan Sah Sebagai Syed Redzuan - Ketua Ekspedisi
KUALA LUMPUR: Mayat yang ditemukan dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di Gunung Damavand, Iran hari ini dikenal pasti sebagai Syed Redzuan Syed Salim Shatri.
Ketua Ekspedisi, Rozaimi Mohd Said berkata rakannya Mohd Khafiz Bachok
yang terlibat dalam operasi SAR mengesahkan jasad itu ialah Syed Redzuan, 50.
Pada masa ini, mayat sedang dibawa keluar dari kawasan berkenaan dan
Mohd Khafiz telah secara positif mengesahkan jenazah itu ialah Syed Redzuan.
"Mohon semua sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah," katanya
kepada pemberita melalui aplikasi WhatsApp.
Rozaimi berkata operasi SAR akan diteruskan esok bagi mengesan seorang
lagi pendaki iaitu Ramli Abd Majid, 44.
Sementara itu, isteri Syed Redzuan, Yuszahanim Yusoff berkata beliau
sedang berusaha bersama-sama dengan pihak kedutaan Malaysia di Iran untuk
membawa jenazah pulang ke Malaysia secepat mungkin.
Beliau berkata, jasad suaminya telah ditemui di Yakhar Glacier, Gunung
Damavand setelah enam hari operasi pencarian.
"Moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang
yang soleh," katanya.
Terdahulu Rozaimi dilaporkan berkata satu mayat ditemukan dalam operasi
SAR mencari dua pendaki rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang di Gunung
Damavand, pada 20 Nov lepas.
Menurut Rozaimi, mayat itu ditemukan di Yakhar dalam keadaan berpakaian
jaket merah, seluar hitam serta but mendaki.
Dua pendaki iaitu Syed Redzuan dan Ramli disahkan hilang di gunung
setinggi 5,610 meter itu selepas mereka terpisah daripada anggota kumpulan
pendaki yang lain.
Sumber: Astro
Awani, Bernama
Anda mempunyai sebarang info tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments