Gempar Tikus Bersarang Dalam Bekas Cili Kering, Pasaraya Giant
Sepanjang tahun ini sahaja pelbagai
cerita-cerita sensasi dan tak kurang juga beberapa insiden menyayat hati disajikan
kepada kita sebagai bahan berita.
Insiden kali ini merupakan pendedahan
daripada seorang pengunjung salah sebuah pasaraya Giant di Terengganu.
KUALA TERENGGANU - Seorang wanita
memuat naik beberapa gambar dan mendakwa sebuah pasar raya terkemuka di negeri
itu tidak bersih dan dicemari tikus.
Winnie Tan, memuat naik beberapa
gambar tersebut di laman Facebook, mencetuskan pelbagai reaksi netizen.
"Walao eh! Tikus dalam bekas
cili kering. Agak-agak ada 10 ekor ke atas di dalam bekas. Nak makan mati orang
ke ni? (Nak bagi orang mati ke ni?)," katanya yang mendakwa gambar itu
dirakam di pasar raya Giant.
Berdasarkan
gambar, hanya dua ekor tikus sahaja yang kelihatan di bahagian bawah kiri bekas
tersebut. Apa yang menimbulkan persoalan ialah, bagaimana boleh wujudnya ruang
kosong di tengah-tengah bekas itu? Bukankah tikus tidak tahan dengan bau pedas?
Bagaimana ia boleh menjadikan tempat itu sebagai sarang?
Difahamkan, ekoran viral itu, Winnie
Tan telah pun menutup akaun Facebooknya, dipercayai bimbang dikenakan
tindakan.
Ekoran viralnya gambar-gambar
tersebut, pihak pasar raya berkenaan telah mengambil tindakan memeriksa bekas
cili kering yang didakwa mempunyai sarang tikus.
Sementara itu di media sosial,
netizen menyatakan kebimbangan mereka terhadap tahap kebersihan pasar raya
Giant. Ini kerana, jika makanan yang dijual dicemari oleh kencing tikus, ia
boleh menyebabkan pengguna dijangkiti penyakit kencing tikus.
Sumber: The Reporter
Anda mempunyai sebarang info tambahan
untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk
mendapatkan info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments