Cara Baharu Perbaharui Cukai Jalan & Insuran Kereta Mulai 1.9.2016
Anda tentu telah pun sedia
maklum mengenai peraturan baru yang ditetapkan pihak JPJ bagi proses perbaharui
cukai jalan (roadtax) dan insuran kereta mulai 1 September 2016. Kami kongsikan
di sini info mudah hadam berkenaan proses tersebut untuk pengetahuan anda.
Cara Baharu Perbaharui Roadtax & Insuran Kereta
Berkuatkuasa mulai 1
September 2016, JPJ akan mulai melaksanakan proses pembaharuan cukai jalan
tanpa geran secara menyeluruh.
Sehubungan itu, pemilik
kenderaan yang berhasrat memperbaharui cukai jalan kenderaan perlu hadir ke JPJ, dan membuat
pengesahan cap jari. Ini merupakan peraturan keselamatan baru yang disyaratkan
bagi mengekang sebarang penggunaan kenderaan klon.
Anda juga perlu ambil maklum bahawa:
2. Bermula 1 September 2016, pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan (roadtax) dan Insuran di JPJ tidak lagi perlu mengemukakan geran kereta sebagai bukti pemilikan.
1. Penggunaan Geran lama
akan ditukar kepada Sijil Pemilikan Kenderaan (VOC) mulai 1 Jun 2016
2. Bermula 1 September 2016, pemilik kenderaan yang memperbaharui cukai jalan (roadtax) dan Insuran di JPJ tidak lagi perlu mengemukakan geran kereta sebagai bukti pemilikan.
3. Dokumentasi VOC akan menyebabkan tiada lagi cetakan belakang pada geran kenderaan selepas selesai proses memperbaharui cukai jalan (roadtax) dan Insuran di JPJ
4. Pemilik kenderaan disyarat perlu hadir ke JPJ dan buat pengesahan
cap jari.
Sekiranya kehilangan geran asal kenderaan, anda adalah disarankan berurusan dengan pihak JPJ untuk mendapatkan sesalinan maklumat mengenai kenderaan anda dengan caj perkhidmatan serendah RM20. Dokumen ini boleh panjangkan kepada agensi insuran untuk proses memperbaharui atau sebarang tuntutan insurans.
Anda mempunyai sebarang info
tambahan untuk dikongsikan? Sila nyatakan di ruangan Komentar di bawah.
Langgani ‘Newsletter’ kami untuk mendapatkan
info dan berita terkini secara terus ke e-mel anda!
No comments