[Video]: Kegunaan Ohsem! Buah Oren Yang Kurang Diketahui
Tip kali ini terbukti berguna dalam keadaan kecemasan, khususnya pada ketika terputusnya bekalan elektrik. Bahan-bahan penyediaannya pula mudah didapati mahupun, telah tersedia di dalam kebanyakan rumah.
LAMPU
PELITA OREN
Anda
memerlukan:
- Sebotol Minyak Zaitun
- Sebiji buah Oren
- Sebilah pisau
Cara
membuat:
Langkah 1:
Potong buah oren
kepada 2 bahagian. Namun pastikan ianya TIDAK DIPOTONG sepenuhnya.
Langkah 2:
Dengan berhati-hati, kupas kulit oren.
Pastikan bahawa ‘stem’ dalaman kulit tidak terputus. (Rujuk foto)
Langkah 3:
Tuangkan minyak
zaitun ke dalam sebahagian kulit yang kosong sehingga separuh penuh. Pastikan
sumbu atau ‘stem’ kulit turut dilumurkan dengan minyak.
Tambahan:
Anda juga boleh
memotong di bahagian atas sebahagian lagi daripada kulit oren tersebut untuk
membuat panel rintangan angin. Ini berfungsi melindingi dian di dalamnya.
Langkah 4:
Nyalakan sumbu
(stem). Sila ambil maklum bahawa sumbu pelita mungkin akan mengambil masa 20-30
saat untuk menyala.
Lampu pelita ini
mampu bertahan sehingga 6 ke 8 jam.
Sila rujuk video di
bawah untuk mendapatkan keterangan visual!
Anda mempunyai
sebarang cadangan yang ingin dikongsikan?. Nyatakannya di ruangan komentar di
bawah.
Langgani e-mel berita
kami untuk mendapatkan info terkini.
No comments